Maarif STAM 2008

Peristiwa & Aktiviti

Saya cuba catatkan beberapa peristwa dan aktiviti menarik yang dianjurkan dan disertai oleh pelajar STAM  sepanjang 2008.

Februari - Program Munajat Perdana Bersama Pelajar Agama - Program ini dianjurkan disaat genting menghadapi pilihan raya. Sewaktu ini masa depan sekolah     agama dalam kegelapan, dan jikalaulah Kerajaan Islam Kelantan kalah pelajar agama tiada tempat pergantungan untuk membela nasib mereka. Justeru, Persatuan Pelajar tingkatan enam di bawah kelab Jamii'atul Ulama, merealisasikan program munajat dengan menarik masyarakat turut bersama memohon pertolongan Allah. Hampir 700 orang melimpahi ruang tangga Masjid sekolah.

Mac - Seminar Kecemerlangan STAM 2008- Program anjuran JAKIM dengan kerjasama YIK disertai oleh ribuan pelajar dari seluruh Kelantan, Kami menyertai dengan rombongan Bas. 

Mei - Program Rehlah Keluarga STAM 2008- Program anjuran kami ini dibuat di Jeram Batang Nyior, Dewan disertai semua pelajar STAM 2008. Turut hadir ialah Cikgu Kamaruddin, Ustazah Nabilah dan Ustazah Bahiah bersama keluarga masing-masing. Tujuan program ini adalah untuk menaut ukhuwwah, meraikan kejayaan pelajar yang berjaya ke menara gading dan merehatkan fikiran setelah hampir setengah tahun belajar. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua guru MSML yang memberi sumbangan untuk menjayakan program ini.

Julai - Hari Keluarga Peringkat Sekolah - Sebilangan pelajar STAM ditugaskan menjadi urusetia program ini. Alhmadulillah, hampir kesemua guru hadir ke program hari keluarga ini. 

Ogos - Kem Mendaki Bukit SPM dan STAM- Program ini julung-julung kalinya diadakan di Pantai Kg Telong Kandis, Bachok. Program berbentuk Seminar dan persediaan menghadapi peperiksaan.