By Tok Pulai ChondongAssalamualaikum kepada semua sahabat yang sudi membuka laman yang serba sederhana ini. Rupanya sudah hampir dua bulan kita tidak bertemu secara rasmi setelah kita menamatkan pengajian di Maahad tercinta.Benarlah, bumi Maarif di jalan Joh itu meninggalkan seribu kenangan kepada kita semua. Saya tidak mahu membicarakan tentang kenangan lagi, kerana sudah banyak ucapan atau perbualan saya sebelum ini membicarakan tentang kenangan. Malahan di laman blog saya sendiripun dipenuhi dengan cerita-cerita kenangan. Hari ini saya mahu membicarakan tentang perubahan diri setelah tamat sebagai seorang pelajar yang beruniform.Sahabat, walau kita sudah meninggalkan uniform sekolah, tapi semua harus sedar bahawa kita masih bergelar pelajar. Tanggungjawab sebagai seorang penuntut ilmu tidak harus terhenti atas alasan tamatnya pengajian di bangku sekolah. Seharusnya pada diri kita tersemat satu azam untuk memperbaiki diri melangkah lebih jauh ke hadapan untuk mendalami segala bidang ilmu ataupun memperkemaskan lagi ilmu agama yang sudah kita genggam ini. Sabda nabi S.A.W: "Sesiapa yang berusaha (bersusah-payah) untuk menuntut ilmu agama, Allah akan mempermudahkan jalannya ke syurga''. Lihat betapa tingginya martabat dan balasan mereka yang menuntut ilmu agama Allah S.W.T. Saya melihat kita berpeluang untuk mendalami ilmu agama sementara kita masih lapang masa menunggu untuk melanjutkan pelajaran.Saya maklum, ramai dikalangan kita sedang sibuk bekerja untuk menimba pengalaman dan menambah pendapatan. Pada pengetahuan saya antara yang sibuk bekerja ialah Azri, Baihaqi, Hamid dan Mujaddid yang sedang menabur bakti sebagai guru Al-Quran di kawasan berdekatan. Firdaus sebagai seorang pekerja di pasar raya, manakala Amin sebagai peniaga di bandar Machang. Alhamdulillah, saya sendiri bertungkus-lumus siang dan malam bekerja untuk menimba pengalaman dan menambah pendapatan.Tapi jangan jadikan pekerjaan sebagai alasan untuk membeku minda menambah pengetahuan dan menimba ilmu.Saya baru selesai mebaca artikel yang agak menarik terutama kepada mereka yang berkeinginan ke luar negara. Antara artikel tersebut adalah penulis menimbulkan tanda tanya adakah kita bersedia untuk menyambung penagjian ke luar negara? Kalau benar bersedia, sekarang adakah anda sanggup setiap hari, sekurang-kurangnya belajar selama enam jam di rumah secara berkonsisten? Jika tidak sanggup, kenapa terhegeh-hegeh untuk tinggalkan halaman rumah ke seberang laut tanpa ada persediaan secukupnya dari segi ilmu pengetahuan. Saya begitu tersentak apabila membaca artikel ini, bagaimana perlunya kita bersungguh-sungguh dan bersdia dengan bekalan ilmu pengetahuan.Marilah kita mulakan dengan belajar perlahan-lahan di rumah. Mulakanlah dengan Al-Quran dan membaca buku-buku berkaitan dengan Islam yang kita miliki di rumah.Sekurang-kurangnya peruntukkanlah waktu enam jam sehari menelaah pelajaran dan yang penting sekali Al-Quran.Cubalah kita lakukan target untuk menghafal beberapa juzuk Al-Quran dan menghabiskan beberapa buah buku ilmiah. Moga-moga dengan bekalan yang kita ada ini, memberi kekuatan kepada kita menghadapi hari esok yang lebih mencabar.Akhirnya saudara, bagi mereka yang sudah banyak dengan amalan harian, kekallah dengan amalan-amalan sunnah itu. Nasihat saya, berjinak-jinaklah dengan sejadah di sepertiga malam, biarlah kita kesejukan untuk hanya beberapa minit, kerana di situlah timbulnya kekuatan dan cara yang terbaik untuk membaiki hubungan dengan Allah serta mengadu nasib dengan Yang Maha Esa,. Saudara ingatlah Allah sebagai sumber kekuatan kita. Ingatlah Allah dengan sebanyak-banyaknya!!"Jika Allah mahukan kebaikan dari seseorang, Allah abgikan kepadanya kefahaman tentang agama''(Mafhum hadith
Meniti Arus Perubahan
Mudir Sekarang Berada Di Mekah